Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan serbuan terhadap tiga penempatan haram pendatang asing tanpa izin di Setia Alam, Shah Alam, pada Jumaat malam. Operasi bersepadu itu membawa kepada penahanan 214 individu pelbagai kewarganegaraan, manakala tindakan perobohan penempatan haram sedang dipertimbangkan bagi mengelakkan kawasan tersebut terus didiami PATI.