Kapal disyaki menyeludup diesel bersubsidi dirampas di Sibu
KPDN Sarawak dengan kerjasama polis merampas sebuah kapal yang disyaki terlibat dalam penyelewengan diesel bersubsidi di Sibu. Rampasan melibatkan 132,000 liter diesel bernilai lebih RM283,000, dengan siasatan dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan pembelian panik kerana bekalan kekal mencukupi dan terkawal.