Skip to main content
Advertisement
KDNK meningkat kepada RM19.65 bilion pada suku pertama 2026

KDNK meningkat kepada RM19.65 bilion pada suku pertama 2026

Sektor komoditi dan industri berasaskan komoditi mencatatkan sumbangan sebanyak RM19.65 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026, meningkat berbanding RM18.95 bilion bagi tempoh sama tahun lepas, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata dalam tempoh sama, eksport produk berasaskan komoditi turut menjana RM41.62 bilion kepada negara, namun pencapaian itu tidak seharusnya hanya diukur berdasarkan angka semata-mata.