Skip to main content

Dunia

AS hantar kapal induk ketiga ke Asia Barat, Iran beri amaran tidak akan tunggu diserang

USS Theodore Roosevelt telah tiba di Asia Barat dan kini menyertai dua lagi kapal induk AS yang beroperasi dalam kawasan tanggungjawab Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM). - Foto REUTERS
USS Theodore Roosevelt telah tiba di Asia Barat dan kini menyertai dua lagi kapal induk AS yang beroperasi dalam kawasan tanggungjawab Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM). - Foto REUTERS

Ringkasan AI

  • Amerika Syarikat menambah kehadiran ketenteraan di Asia Barat dengan penghantaran kapal induk USS Theodore Roosevelt ke rantau tersebut.
  • Iran memberi amaran tidak akan menunggu untuk diserang sebelum bertindak balas terhadap sebarang ancaman ketenteraan dari Amerika Syarikat.
  • Kedutaan AS di Bahrain mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya susulan risiko serangan oleh Iran atau kumpulan Houthi di negara Teluk itu.
Advertisement

TEHRAN: Ketegangan di Asia Barat terus memuncak apabila Amerika Syarikat (AS) menambah kehadiran ketenteraannya di rantau itu dengan penghantaran sebuah lagi kapal induk, sementara Iran memberi amaran bahawa ia tidak akan menunggu untuk diserang sebelum bertindak balas.

Menurut Al Jazeera, kapal induk USS Theodore Roosevelt telah tiba di Asia Barat dan kini menyertai dua lagi kapal induk AS yang beroperasi dalam kawasan tanggungjawab Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM).

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Menteri Luar Iran bagi Hal Ehwal Perundangan dan Antarabangsa, Kazem Gharibabadi, menegaskan Tehran tidak akan berdiam diri sekiranya merasakan ancaman ketenteraan semakin hampir.

Advertisement

"Kami tidak akan menunggu AS melancarkan serangan terlebih dahulu," katanya sambil memberi bayangan bahawa Washington mungkin menggunakan saluran diplomatik untuk melengah-lengahkan keadaan sebelum mengambil tindakan ketenteraan baharu.

Sementara itu, Kedutaan AS di Bahrain mengeluarkan amaran keselamatan kepada rakyatnya di negara Teluk itu berhubung risiko serangan yang berpotensi dilakukan oleh Iran atau kumpulan Houthi.

Advertisement

Amaran berkenaan dikeluarkan selepas Bahrain memaklumkan sistem pertahanan udaranya berjaya mematahkan serangan Iran yang disifatkan sebagai sebahagian daripada "pencerobohan sistematik" Tehran.

Perkembangan terbaru itu menambah kebimbangan terhadap kemungkinan tercetusnya konflik yang lebih luas di rantau tersebut ketika hubungan antara Washington dan Tehran terus tegang, lapor Al Jazeera.

 

 

Must Watch Video

Advertisement