Kerajaan teruskan lesen Lynas Malaysia selama 10 tahun
Kerajaan melanjutkan lesen operasi syarikat perlombongan Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) selama 10 tahun bermula esok hingga 2 Mac 2036. Menurut Menteri Sains Teknologi Dan Invoasi (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang, kelulusan lesen operasi penuh (FOL) ke-6 itu tertakluk kepada syarat lebih ketat.