Skip to main content
Advertisement
Kerajaan teliti hukuman bagi amalan lesen Alibaba – Akmal Nasrullah

Kerajaan teliti hukuman bagi amalan lesen Alibaba – Akmal Nasrullah

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerajaan sedang meneliti pilihan perundangan, sama ada melalui pendekatan sivil atau jenayah, bagi membendung amalan lesen Alibaba yang semakin ketara.

Beliau berkata bentuk hukuman, termasuk denda atau penjara, hanya akan diketahui selepas rangka perundangan itu dilengkapkan dengan mengambil kira semua pandangan, termasuk dari sudut guaman.