Kes rasuah Shamsul Iskandar kekal di Mahkamah Sesyen
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin gagal dalam permohonannya untuk memindahkan lima pertuduhan rasuah yang dihadapinya daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa.
Hakim, Noor Ruwena Md Nurdin memutuskan demikian selepas mendapati Shamsul Iskandar selaku pemohon tidak memenuhi syarat di bawah Seksyen 417 Kanun Tatacara Jenayah.