Perhimpunan umat manusia terbesar kini berlangsung di bumi Arafah dan diperdengarkan Khutbah Arafah dari Masjid Namirah. Mualim Muda Ashraf dan Mualim Muda Shamsul mengupas mesej kerohanian, penyatuan ummah dan kesinambungan Khutbah Wada' iaitu khutbah perpisahan Nabi Muhammad SAW serta laporan Khabar Haji daripada Essan Yahya dan Hilal Azmi dari Arafah bersama jemaah haji Malaysia. Tonton Khabar Haji 2026 di saluran serentak Astro OASIS dan Astro AWANI pukul 7.30 malam ini.