Kolaborasi KPDN dan KLFW 2026 perkasa produk serta jenama tempatan ke segmen premium
Kolaborasi antara KPDN dan KLFW 2026 adalah sebahagian daripada strategi serta pendekatan baharu di bawah JOM MALAYSIA, yang bukan sekadar penjenamaan semula tetapi mencerminkan anjakan menyeluruh berteraskan empat tonggak utama, iaitu gerakan nasional, pendekatan menyeluruh kerajaan, keterangkuman produk tempatan dan memperluas pasaran.