KPT mahu memperkukuh agenda 'Planetary Health' dalam kalangan mahasiswa menerusi Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia 2026-2035 bagi meningkatkan kesedaran terhadap kelestarian, perubahan iklim dan penjagaan ekosistem.
Usaha itu dilihat penting dalam melahirkan graduan yang bukan sahaja berpengetahuan, tetapi turut mempunyai tanggungjawab terhadap alam sekitar dan pembangunan mampan.