McDonald’s Malaysia perluas Program Santun Pelajar, fokus pembangunan mahasiswa
Program Santun Pelajar McDonald’s Malaysia kini diperluas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan diri bagi menyokong mahasiswa sepanjang pengajian serta persediaan mereka menghadapi alam pekerjaan, selain sumbangan hidangan Percuma Nasi Mekdi bagi meringankan beban kos sara hidup.
Menerusi kerjasama dengan Astro Gempak, inisiatif Gempakkan Kampus diperkenalkan bagi membawa perkongsian ilmu dan pengalaman praktikal yang relevan dengan kehidupan di kampus, sekali gus membantu mahasiswa membina keyakinan dan mempersiapkan diri untuk fasa seterusnya.