Krisis pelarian Sudan sangat teruk, 5.9 juta perlukan bantuan segera
PBB memberi amaran bahawa Sudan kini berdepan krisis perpindahan penduduk yang tidak pernah berlaku sejak perang meletus hampir tiga tahun lalu. Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata serangan dron harian memaksa jutaan orang melarikan diri. UNHCR bersama 123 organisasi memerlukan AS$1.6 bilion untuk membantu 5.9 juta pelarian di tujuh negara. PBB menggesa sokongan antarabangsa dipertingkat dan semua pihak menghormati undang-undang kemanusiaan.