Industri selepas jualan automotif Malaysia kini berdepan tekanan untuk meningkatkan ketelusan harga, ketulenan alat ganti dan standard waranti, susulan aduan pengguna KPDN yang kekal tinggi setiap tahun. Dalam situasi di mana platform digital mula menawarkan harga telus, itemised bill dan jaminan kerja lebih panjang, wawancara bersama penganalisis automotif Hezeri Samsuri membongkar cabaran sebenar bengkel tradisional, implikasi waranti 6 tahun, isu alat ganti tiruan, serta keperluan garis panduan baharu untuk memastikan persaingan yang adil.