LADA tarik pelancong dengan 'Bayaq Satu, Free Satu'
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) melancarkan kempen Cashback Mai Langkawi: Bayaq Satu, Free Satu! bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia memilih Langkawi sebagai destinasi percutian domestik. Berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2026, kempen itu menawarkan pelbagai insentif termasuk pulangan tunai 50 peratus tambang penumpang feri RoRo laluan Kuala Perlis-Langkawi serta tawaran Bayaq Satu, Free Satu bagi perjalanan ke Pulau Tuba, sekali gus memperkasa sektor pelancongan dan menjana limpahan ekonomi kepada komuniti setempat.