Lelaki disyaki pengedar dadah acu parang, cederakan anggota polis
Seorang lelaki yang disyaki aktif mengedar dadah ditahan selepas bertindak agresif mengacu parang ke arah anggota polis hingga mencederakan seorang daripada mereka dalam serbuan di Kampung Lubok Bongor di Kota Bharu, pada Khamis.