Lelaki maut selepas selamatkan isteri, adik ipar turut lemas
Niat murni seorang lelaki menyelamatkan isterinya daripada dihanyutkan arus deras berakhir tragedi apabila dia dan adik iparnya ditemui lemas di sungai berhampiran pusat penginapan di Mandalipau, Papar. Dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi dan jasad dibawa ke Hospital Papar untuk bedah siasat.