Skip to main content
Advertisement
Malaysia catat nilai bulanan tertinggi dalam sejarah

Malaysia catat nilai bulanan tertinggi dalam sejarah

Nilai perdagangan Malaysia melonjak 37.3 peratus kepada RM364.74 bilion pada Julai 2026, sekali gus mencatat nilai bulanan tertinggi dalam sejarah, didorong prestasi eksport dan import yang terus kukuh.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa eksport meningkat 38 peratus tahun ke tahun kepada RM193.60 bilion, manakala import berkembang 36.4 peratus kepada RM171.14 bilion.