Selepas dua tahun menyepi, pintu gerbang Kampung Baru, Sri Gading, Johor kembali bercahaya dengan 3,000 pelita dipasang bagi memeriahkan malam tujuh likur menjelang Aidilfitri. Digelar sebagai 'masjid pelita', gerbang pelita yang menjadi ikonik khususnya di Batu Pahat mula dibangunkan semula dengan konsep baharu.