Mat Sabu tinjau potensi hab rantaian bekalan tepung
Kilang Bidara Flour Mills di Pelabuhan Klang, Selangor berpotensi dibangunkan sebagai salah satu hab keterjaminan makanan, khususnya dalam rantaian bekalan tepung dan produk makanan berasaskan tepung.
Perkara itu antara yang diberi tumpuan dalam lawatan kerja Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ke premis berkenaan pada Jumaat.