Merdeka ekonomi bukan bermaksud kita tidak perlukan dunia
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpandangan kemerdekaan ekonomi bukan bermaksud Malaysia perlu bergerak sendiri atau terasing daripada dunia. Globalisasi dan perdagangan kekal penting, namun negara perlu lebih versatil, terbuka kepada perubahan serta membina kekuatan dalam pelbagai bidang bagi mendepani perubahan ekonomi global.