Musim perayaan: Penunggang motosikal paling berisiko – MIROS
MIROS memberi amaran bahawa penunggang motosikal kekal sebagai kumpulan paling berisiko dalam kemalangan jalan raya, khususnya ketika musim perayaan. Faktor perjalanan jauh, keletihan, kelajuan, kebolehlihatan rendah serta pendedahan kepada titik buta kenderaan berat dikenal pasti sebagai antara punca utama peningkatan risiko kemalangan maut.