Waspada jangkitan COVID-19 ketika musim perayaan
Rakyat Malaysia diingatkan supaya sentiasa berwaspada bagi membendung peningkatan kes jangkitan Covid-19 semasa musim perayaan Aidilfitri ini. Pakar perubatan kesihatan awam memberi amaran bahawa masyarakat masih perlu mengamalkan langkah berjaga-jaga berikutan jumlah kes dijangka meningkat khususnya menjelang Syawal.