Skip to main content

Malaysia

Pengarah NGO direman empat hari bantu siasatan pecah amanah RM85,468

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar Rashidah Azmi.
Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar Rashidah Azmi.

Ringkasan AI

  • Pengarah sebuah NGO direman empat hari bermula hari ini kerana disyaki melakukan pecah amanah melibatkan wang pertubuhan berjumlah RM85,468.
  • Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar selepas suspek ditahan di KLIA Terminal 2 semalam.
  • Wang tersebut dipercayai dipindahkan ke akaun peribadi suspek melalui 32 transaksi antara 2 Mac hingga 20 Julai dan kes disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.
Advertisement

KANGAR: Pengarah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditahan kerana disyaki melakukan pecah amanah melibatkan wang pertubuhan berjumlah RM85,468 direman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Perlis DCP Hamzah Hashim berkata perintah reman terhadap lelaki berusia 31 tahun itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Kangar Rashidah Azmi.

Sebelum ini, Hamzah mengesahkan penahanan suspek oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perlis di pintu ketibaan domestik Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada 11.05 pagi semalam.

Advertisement

Beliau berkata NGO tersebut beralamat di Perlis dan wang RM85,468 itu dipercayai dipindahkan menerusi 32 transaksi ke akaun peribadi suspek dari 2 Mac hingga 20 Julai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement