Skip to main content
Advertisement
Pendidikan untuk semua, tetapi adakah peluang benar-benar sama?

Pendidikan untuk semua, tetapi adakah peluang benar-benar sama?

Belanjawan 2027 memperuntukkan pelbagai inisiatif pendidikan termasuk RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif, peningkatan tajaan JPA kepada 4,200 pelajar setahun, bantuan awal persekolahan RM200 seorang serta akses kepada lebih 16,000 kursus dan sijil profesional. Namun persoalan yang lebih besar ialah sama ada pelaburan ini mampu merapatkan jurang kualiti pendidikan, menyediakan bakat untuk ekonomi AI dan memastikan setiap anak Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk berjaya tanpa mengira latar belakang.