AWANI Pagi: Bukan sekadar ubah tahun, tetapi peluang ubah diri
Sempena Awal Muharram, umat Islam diingatkan tentang makna hijrah yang sebenar, bukan sekadar peristiwa sejarah, tetapi proses perubahan diri yang berterusan. Bagi seorang mualaf, hijrah bukan hanya berlaku ketika mengucap syahadah, tetapi diteruskan setiap hari melalui usaha memperbaiki akhlak, ibadah dan hubungan dengan Allah SWT. Perbincangan ini mengupas bagaimana semangat hijrah boleh diterjemahkan dalam kehidupan moden, serta bagaimana setiap insan boleh membuka lembaran baharu dengan meninggalkan perkara yang tidak baik dan membina perubahan yang lebih mampan.