Prasarana harap inisiatif pas perjalanan tanpa had My50 diteruskan
Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) berharap kerajaan akan meneruskan inisiatif pas perjalanan bulanan tanpa had My50 dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Menurut Prasarana, ia telah terbukti sebagai langkah berkesan dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat dengan menawarkan pilihan mobiliti yang mampu milik.