awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KLIA perkukuh peranan bendung penyeludupan hidupan liar menerusi program kesedaran barisan hadapan
PPM Langkawi patahkan cubaan seludup peranti, cecair vape ke Thailand
Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ketua Radio Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki warga asing, rampas ubat tidak lulus dan pakaian tiruan

Bernama
Bernama
09/10/2025
14:10 MYT
Polis tahan dua lelaki warga asing, rampas ubat tidak lulus dan pakaian tiruan
Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas ubat tiada kelulusan dan pakaian tiruan dianggar bernilai RM309,866 dalam serbuan berasingan di Kajang, Selangor, semalam. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga asing dan merampas ubat tiada kelulusan dan pakaian tiruan dianggar bernilai RM309,866 dalam serbuan berasingan di Kajang, Selangor, semalam.
Serbuan itu dilaksanakan hasil maklumat risikan Op Taring Alfa 5 dan Op Taring Dosej oleh sepasukan Polis Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kajang dan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kajang.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA Supt Jafri Muhamad berkata dalam serbuan pertama, seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 29 tahun ditahan dan sejumlah 21,962 ubat-ubatan dipercayai tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia, dirampas dengan anggaran nilai rampasan berjumlah RM107,616.
"Manakala dalam serbuan kedua, seorang lelaki warganegara Pakistan berusia 26 tahun ditahan dan sejumlah 2,535 helai pakaian pelbagai jenama yang dipercayai tiruan dirampas, dengan nilai rampasan dianggar RM 202,250," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jafri berkata individu yang ditahan dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah Kajang dan barang rampasan diserah kepada KPDN Kajang serta Penguatkuasa Bahagian Farmasi Negeri Selangor, untuk siasatan lanjut.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Akta Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, Akta Cap Dagangan 2019 dan Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki warga asing
#Op Taring Alfa 5
#Kajang Selangor
#ubat tiada kelulusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan