Pantau Belanjawan: Selat Hormuz | Krisis geopolitik goncang pasaran tenaga dunia
Ketegangan geopolitik di Timur Tengah kembali meletakkan Selat Hormuz di bawah perhatian dunia. Laluan strategik ini menjadi nadi kepada perdagangan minyak dan gas global. Jika terganggu, kesannya bukan sahaja kepada harga minyak, malah boleh mencetuskan tekanan inflasi, gangguan rantaian bekalan dan ketidaktentuan ekonomi global termasuk kepada Malaysia.