Pergerakan kapal dunia di Selat Hormuz merosot teruk - PBB
Jumlah kapal yang melalui Selat Hormuz dilaporkan merosot lebih 95 peratus sejak konflik ketenteraan melibatkan Amerika Syarikat, Israel dan Iran tercetus pada 28 Februari lalu. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan perkembangan itu memberi kesan langsung kepada ekonomi global, termasuk lonjakan harga minyak mentah dan peningkatan harga komoditi makanan, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap kestabilan laluan tenaga paling kritikal di dunia.