Skip to main content
Pemimpin Myanmar belum dibenar sertai mesyuarat, sidang kemuncak

Pemimpin Myanmar belum dibenar sertai mesyuarat, sidang kemuncak

ASEAN masih belum bersedia menerima pemimpin Myanmar untuk menghadiri sidang kemuncak dan mesyuarat rasmi blok itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, terdapat permohonan daripada Myanmar agar pemimpin politik negara itu dibenarkan menghadiri mesyuarat ASEAN, namun ia belum dipersetujui oleh menteri-menteri luar ASEAN.