Operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki berusia 66 tahun yang hilang ketika menjalankan aktiviti selaman di Pulau Tenggol disambung semula pagi ini selepas usaha pencarian semalam ditangguhkan berikutan keadaan penglihatan terhad. Mangsa, Tam Peng Hoong, dilaporkan tidak timbul ke permukaan selepas aktiviti selaman bersama anaknya melebihi tempoh satu jam. APMM menggerakkan bot PENGGALANG 16 dan memfokuskan pencarian di kawasan selaman utama.