Skip to main content

Malaysia

PRN Melaka: Ab Rauf komited pulihkan projek pembangunan di Melaka

Ab Rauf Yusoh berkata, projek pembangunan di negeri Melaka melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan dan syarikat swasta. - Gambar fail
Ab Rauf Yusoh berkata, projek pembangunan di negeri Melaka melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan dan syarikat swasta. - Gambar fail
Advertisement

AYER MOLEK: Projek pembangunan di Melaka terutamanya Monorel Melaka dan pembangunan tambak laut akan terus diberi perhatian dalam usaha menggerakkan semula pelaksanaannya mengikut keadaan ekonomi semasa.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, projek pembangunan di negeri itu melibatkan pelbagai pihak termasuk kerajaan Persekutuan dan syarikat swasta.

Menurutnya, projek kerajaan Persekutuan diselaraskan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang turut mengenal pasti kawasan tumpuan pembangunan.

Advertisement

Bagi projek Monorel Melaka dan pembangunan tambak laut pula, beliau menjelaskan kedua-duanya merupakan antara inisiatif swasta yang bergantung kepada kemampuan kewangan syarikat pelabur.

Katanya, perubahan ekonomi dunia turut memberi kesan kepada keupayaan sesetengah syarikat untuk meneruskan pembangunan seperti dirancang.

Advertisement

“Mungkin mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan setelah melalui beberapa proses kejatuhan ekonomi dunia,” katanya selepas melawat Bilik Gerakan DUN Ayer Molek di Taman Tambak Paya Harmoni, hari ini.

Ab Rauf berkata, usaha memulihkan projek berkenaan sedang dijalankan dan akan diteruskan secara beransur-ansur sekiranya diberikan mandat baharu.

“Segala usaha untuk memulih semula projek ini sedang saya jalankan dan insya-Allah kalau diizinkan saya diberi mandat, sebaik mungkin projek-projek ini akan dipulihkan secara beransur-ansur mengikut kesesuaian faktor ekonomi semasa,” katanya lagi.

Beliau turut menegaskan kerajaan negeri memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah pembangunan tanpa mencari kesalahan mana-mana 
pihak termasuk pentadbiran terdahulu.

Must Watch Video

Advertisement