Pesawat MH8110 mendarat di Muscat, semua jemaah selamat
Lembaga Tabung Haji (TH) ingin memaklumkan bahawa penerbangan KT051 (MH8110) telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendarat di lapangan terbang Muscat, Oman pada 4.11 petang waktu tempatan berikutan isu teknikal pesawat.