PM minta tumpu pembangunan, tangguh polemik demi perpaduan
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam semangat perayaan yang menyatukan rakyat pelbagai kaum, seluruh masyarakat wajar memusatkan sepenuh tumpuan kepada agenda pembangunan negara serta menangguhkan seketika polemik atau perbezaan pandangan yang boleh menjejaskan usaha berkenaan.