Pekerja graduan kurang kualiti atau gaji rendah musnahkan motivasi? Ini sisi berbeza majikan, belia
Ketua Pegawai Eksekutif Koperasi Professional Putrajaya (KOPROJAYA), Ahmad Naqiuddin Mohamad yang merupakan seorang majikan berkata faktor gaji kepada graduan berkait dengan kualiti sumbangan kepada syarikat. Sedangkan, Alumni TEROKA, Muhammad Aniq Azfar Ahmad yang masih belajar berkata persekitaran kerja yang tidak setimpal dengan gaji menyebabkan graduan memilih haluan berbeza. #DialogAnakMuda