Politik perkauman masih mempengaruhi anak muda, bukan sekadar retorik – Belia
Pengerusi Inayat Malaysia, Dr. Dharshinee Suresh Kumar menegaskan kenyataan berunsur perkauman tidak boleh dianggap sekadar bahan kempen kerana menyentuh sensitiviti dan kedudukan masyarakat berbilang kaum, manakala Ahli Jawatankuasa Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC), Zi Xuan Saw menolak tanggapan bahawa pengundi muda tidak terpengaruh dengan politik perkauman. #DialogAnakMuda