Ramai anak muda berniaga, perlu lebih tindakan untuk menjadikan perniagaan itu formal - Belia
Ahli Jawatankuasa Hak Sivil, Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Lau Li Yang berkata ramai belia berniaga secara tidak formal. Oleh itu, beliau menyarankan lebih banyak langkah diperkenalkan untuk memudahkan peralihan kepada perniagaan formal bagi belia-belia berkenaan, seterusnya ia boleh menyuburkan budaya syarikat pemula dalam negara. #DialogAnakMuda