Produktiviti buruh: Cabaran mencipta nilai atau mengagih nilai?
Produktiviti buruh Malaysia terus mencatat pertumbuhan sekitar 5 peratus pada suku pertama tahun ini. Namun persoalan lebih besar timbul, adakah hasil pertumbuhan ekonomi ini benar-benar dirasai oleh pekerja? Ketika kerajaan menyasarkan pampasan pekerja atau Compensation of Employees (CE), mencecah 45 peratus, paras semasa masih sekitar 30 peratus. Persoalannya, adakah Malaysia berdepan masalah mencipta nilai, atau sebenarnya gagal mengagihkannya?