Sorotan korporat hari ini menyaksikan PETRONAS Carigali Sdn Bhd memperkukuh bekalan gas asli menerusi PSC baharu di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA), GFM Services Berhad meningkatkan nilai tempahan kerja penyelenggaraan di Pengerang kepada RM104.2 juta, manakala IJM Land Bhd melancarkan Merione Residences di THE LIGHT Waterfront Penang selepas semua unit komersial Merione Grand habis ditempah.