Wajib sedia latihan bidang baharu TVET mulai Julai – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu semua badan latihan serta penyelidikan kerajaan diwajibkan menyediakan program latihan dalam bidang baharu kepada pelajar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terpilih bermula Julai depan, dengan penyelarasan oleh Ketua Setiausaha Negara.
Inisiatif itu turut menyasarkan latihan awal 50 hingga 100 peserta setiap institusi terpilih dalam bidang kecerdasan buatan (AI), kripto dan peralihan tenaga.