RM120 juta diperuntuk bagi projek Lingkaran Tengah Selatan Bentong - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kerajaan meluluskan peruntukan RM120 juta di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), Rolling Plan 1, bagi kerja awalan projek Lingkaran Tengah Selatan di Bentong, Pahang.
Bagaimanapun, tiga cadangan projek berkaitan yang dikemukakan di bawah Rolling Plan 2, termasuk naik taraf Persimpangan Ketari, belum mendapat kelulusan agensi pusat kerana keutamaan diberikan kepada projek lain yang lebih mendesak di negeri itu.