Jurang pencapaian SPM bandar dan luar bandar semakin mengecil - Wong
Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata jurang gred purata SPM antara sekolah bandar dengan luar bandar merapat sebanyak 32.79 peratus pada 2025 berbanding 2012 hasil intervensi bersasar.
Pencapaian calon luar bandar turut meningkat apabila kadar layak mendapat sijil SPM naik daripada 92.31 peratus pada 2024 kepada 92.9 peratus pada 2025.