AWANI Pagi: Keunggulan UPM hasilkan inovasi berimpak tinggi
Program khas Awani Pagi yang dibawakan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) ini mengetengahkan produk inovasi yang dihasilkan di universiti-universiti seluruh negara sebagai penyelesaian masalah dan pembangunan negara. Episod ini membawakan inovasi daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu baja organik Milagro Premium dan GraffinTok.