Skip to main content
Advertisement
Seoul catat suhu lebih 40 darjah celsius, pertama sejak 2018

Seoul catat suhu lebih 40 darjah celsius, pertama sejak 2018

Suhu melebihi 40 darjah Celsius direkodkan di Seoul dan beberapa kawasan lain di Korea Selatan pada Jumaat.

Menurut agensi cuaca negara itu, ia merupakan kali pertama suhu melebihi 40 darjah Celsius di Seoul sejak 1 Ogos 2018, apabila ibu negara itu mencatatkan suhu 41.8 darjah Celsius.