AS setuju teruskan rundingan dengan Iran, Trump isytihar gencatan senjata berakhir
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan Washington bersetuju meneruskan rundingan dengan Iran walaupun menegaskan gencatan senjata antara kedua-dua pihak telah berakhir. Perkembangan itu berlaku ketika usaha diplomatik diteruskan di sebalik serangan ketenteraan dan ancaman tindakan balas yang terus meningkatkan ketegangan di Asia Barat.