Sokongan Bersatu Kepada Kerajaan Pahang Tidak Jejas PAS, Kata Penganalisis
Felo Penyelidik Ilham Centre, Mujibu Abd Muis berpandangan keputusan Bersatu di Pahang menyokong kerajaan negeri pimpinan BN tidak memberi impak besar kepada PAS. Menurut beliau, langkah itu juga boleh membantu Bersatu kekal relevan dalam landskap politik semasa menjelang pilihan raya akan datang.