AWANI Pagi: Buku Malaysia boleh tembus pasaran dunia?
Malaysia mempunyai pelbagai karya dan penulis berbakat, namun sejauh mana buku tempatan mampu menembusi pasaran antarabangsa? Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Adibah Omar membincangkan potensi karya Malaysia, cabaran penterjemahan, pemasaran, pengedaran serta kepentingan jaringan penerbit antarabangsa dalam memperluas pasaran industri buku tempatan.