Rakyat AS bantah perang ke atas Iran, ada kemungkinan bantah sokongan kepada Israel - Penganalisis
Pensyarah Kanan Institut Undang-undang dan Pentadbiran, Taylor's University, Dr. Julia Roknifard berkata rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh beralih pendirian kepada membantah bantuan ketenteraan kepada Israel seperti bantahan yang ditunjukkan terhadap keputusan meneruskan perang ke atas Iran. Jelasnya, pendirian tersebut boleh diraih melalui kempen informasi yang mendedahkan kerugian bagi rakyat AS membiarkan konflik di Asia Barat berlarutan. #AgendaAWANI