Krisis BERSATU: PN terkubur, PAS dan parti baharu Hamzah bentuk pakatan baharu - Penganalisis
Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin menjangkakan Perikatan Nasional (PN) akan terkubur sekiranya BERSATU pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak sehaluan dengan PAS. Beliau juga jangkakan bekas Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan menubuhkan parti baharu yang akan membentuk koalisi politik baharu yang akan disertai PAS. #AgendaAWANI