Skip to main content
Advertisement
Tahanan rumah: Najib dilarang guna media sosial, hadiri majlis dan sertai aktiviti politik – Saifuddin

Tahanan rumah: Najib dilarang guna media sosial, hadiri majlis dan sertai aktiviti politik – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata Datuk Seri Najib Razak dilarang menggunakan telefon selain peranti berdaftar dengan Jabatan Penjara, membuat kenyataan kepada media, terlibat dalam aktiviti media sosial, menghadiri majlis keramaian atau menyertai aktiviti politik sepanjang menjalani tahanan rumah.

Beliau berkata sekatan itu ditetapkan Lembaga Pengampunan, manakala Jabatan Penjara bertanggungjawab menetapkan syarat kawalan, seliaan, arahan dan tatacara bagi memastikan pematuhan terhadap perintah berkenaan.